10 Teknologi Dalam Sukan
1.) Jersi
bola sepak keluaran nike(dri-fit)
Kira-kira
2 dekad yang lalu, pengeluar kelengkapan barangan dan alatan sukan gergasi,
Nike telah mengilhamkan teknologi Nike Dri Fit mereka. Ia telah menjadi pilihan
yang sangat popular di kalangan pemain bolasepak, ahli sukan dan juga peminat
sukan. Di lapangan jersi bolasepak, ia bukan sahaja baju bola sepak yang
sekadar baju yang direka Nike atau pengeluar lain sebelum ini.
Nike
sebelum ini telah mengeluarkan Therma-fit dan storm-fit. Dri fit pula direka
untuk memastikan anda kekal pada suhu selesa , sejuk dan tidak merasa terlalu
panas. THERMA-fit dan storm-fit pula direka untuk membolehkan anda sentiasa
kering dan panas. Dengan
teknologi Dri-fit yang direka, akan membuatkan pemain kekal sejuk (bukan sejuk yang rasa nak beku)
dan lebih kering daripada mana-mana peluh yang tidak diingini dari badan.
2.) Under
armor E39
Pada
tahun 2012 Under Armor memasuki pasaran bolasepak. Under Armor telah
memperkenalkan teknologi sensor untuk merakam pergerakan, pernafasan dan kadar
jantung pemain. Teknologi ini dipanggil E39.
Under Armour menaja kelab Tottenham Hotspur. Jenama Amerika Syarikat ini
mengeluarkan teknologi kit baru yang mempunyai keupayaan untuk memberitahu
keadaan pemain dengan mengukur kadar jantung dan kadar pernafasan.
Yang
paling menarik, pengurus mereka boleh mengarahkan pemain untuk tidak mengambil
penalti jika degupan jantung menunjukkan pemain terlalu gemuruh. Tottenham
Hotspur telah bersetuju dengan kontrak 100 juta sehingga 2016. E39 mempunyai
sensor yang dikenali sebagai Bug yang memantau keadaan badan pemain. Ia
merekodkan kadar jantung, pernafasan dan suhu kulit, menyimpan data pada
hardisk 2GB dan menghantar statistik ke komputer melalui Bluetooth. Jurulatih
boleh melihat prestasi pemain semasa latihan pada iPad atau iPhone.
Baju
ini juga mempunyai pengukur pecutan, pergerakan pemain dan mencatat berapa
banyak G-force yang mereka hadapi. G-Force adalah daya graviti yang diterima
oleh sesuatu benda . Data yang dihantar akan dianalisis oleh perisian dari
Zephyr, yang merupakan pembekal teknologi ketenteraan USA.
Di Jerman jenama Adidas sentiasa menguasai
sektor sukan dan bolasepak namun Nike turut menjadi persaing terdekat dan mulai
merisaukan Adidas dengan teknologi Dri Fit mereka. Semakin ramai mulai beralih
kepada Nike. Adidas kemudian mereka teknologi mereka sendiri untuk pakaian bola
sepak, ini yang dipanggil teknologi Climacool. Ini adalah hampir sama dengan
Dri Fit kerana fokus utamanya adalah untuk untuk membuatkan pemain kekal tidak
merasa panas semasa bersukan.
Terdapat
panel mesh yang khusus dalam kebanyakan reka bentuk Adidas ini. Teknologi
Climacool Adidas menggunakan pengudaraan mikro yang membenarkan udara untuk
masuk melalui kulit. Climawarm juga disediakan dan direka untuk mengekalkan
haba dalam pakaian mengekalkan pemain kekal warm dalam cuaca sejuk.
The
Footbonaut adalah mesin latihan bola sepak . Menghantar bola pada kelajuan yang
berbeza kepada pemain, yang mesti mengawal dan menghantar bola ke dalam ruang
yang mempunyai warna hijau . Footbonaut dicipta oleh Christian Guttler di
Berlin, Jerman. Mesin ini juga digambarkan sebagai robot. Gol kemenangan Mario
Gotze terhadap 2014 FIFA World Cup Final telah dikreditkan kepada beliau
apabila menggunakan Footbonaut. Footbonaut juga dikreditkan untuk kejayaan
Borussia Dortmund, yang pertama kali menggunakan mesin ini. Terdapat beberapa
kelab-kelab yang tidak didedahkan di Jerman menggunakan Footbonaut dalam
latihan mereka.
The Adidas miCoachSpeed_Cell boleh
diletakan ke dalam tapak kasut atau beberapa kasut Adidas pemain. Ia mengukur
jarak, kadar kemajuan, kelajuan, kelajuan maksimum, dan masa permainan.
jurulatih kemudian mengambil data ini dikumpulkan dan menganalisisnya. Dengan
hasil analisis, jurulatih kemudian menyusun cara untuk meningkatkan prestasi
pemain mereka dalam bidang yang memerlukan penambahbaikan.
Teknologi baru ini diperkenalkan di Brazil
semasa FIFa world cup 2014, teknologi ini membantu pengadil menentukan sama ada
bola telah sama sekali melintasi garisan gol. Walau bagaimanapun, selepas
kejohanan itu terdapat banyak inovasi dalam teknologi tersebut . ia tidak
digunakan dalam kejohanan bola sepak di Malaysia.
Studs
jenis ini adalah paling mudah dijumpai di pasaran. Ia biasanya bersaiz agak
kecil, dan digunakan dengan efektif di padang yang keras serta astroturf (3G).
Kelebihan:
-Pilihan
terbaik untuk permukaan padang yang keras.
-Ia
juga biasanya lebih murah, berbanding but jenis lain di pasaran.
Kekurangan:
-Tak begitu sesuai digunakan di padang
yang lembut, basah dan berbecak.
-Apabila
studs sudah haus, anda perlu tukar keseluruhan kasut dengan kasut yang baru.
-Anda
mungkin mempunyai pilihan untuk menukar keseluruhan tapak kasut bola anda,
namun kasut anda takkan jadi efektif kerana reka bentuk asalnya sudah diubah.
-Anda
juga lebih berisiko untuk mendapat kecederaan jika rekaan asalnya sudah diubah.
studs jenis ini kurang popular
berbanding zaman dulu.Studs jenis ini telah diharamkan dalam kebanyakkan liga
amatur kerana terdapat sesetengah pemain yang sengaja menajamkan studs besi
mereka untuk membahayakan pemain lain.Jika berlaku sebarang terjahan, bukan
sahaja stokin bola boleh koyak, malah betis pun turut sama boleh terkoyak.But
jenis ini tahan lasak. Tetapi anda perlu menjadi pemain bertanggungjawab jika
mahu memakainya.
Kelebihan:
-Tahan
lasak.
-Tahan
haus.
Kekurangan:
-Lebih
mahal.
-Penggunaannya
tak dibenarkan di liga amatur.
-Ia
juga lebih berat berbanding but jenis stud plastik.
Besi
di bahagian bawah, plastik di bahagian atas. But ini menggabungkan kelebihan
kedua-dua jenis stad.Ia adalah screw in studs yang paling banyak digunakan oleh
kebanyakan pemain. Ia mengambil kira faktor keringanan dan kemurahan plastik,
dan kelasakan logam.
Kelebihan:
-Harga
yang kompetetif dan berpatutan.
-Tahan
lama.
-Tidak
membahayakan pemain lain berbanding studs screw in besi
Kekurangan:
Tiada.
Dalam
jenis studs, studs jenis blade berada di kelas mereka tersendiri. Kebanyakkan
pemain profesional memilih kasut bola jenis ini, kerana mereka berpendapat
bahawa anda boleh melakukan turning dengan lebih pantas dan kurangnya rintangan
(resistance) ketika membuat larian. Walau bagaimanapun, di peringkat amatur, ia
boleh menjadi perangkap maut. Kasut bola jenis ini memang pantas bila anda
membuat turning, dan ia bakal menyebabkan sendi-sendi dan ligamen anda mengalami
lebih banyak tekanan. Stud jenis ini juga kurang sesuai digunakan di permukaan
padang yang tak rata, yang sering menjadi venue perlawanan bola sepak peringkat
amatur.
No comments:
Post a Comment