Sunday, 16 April 2017

10 GAMBAR INOVASI DALAM SUKAN

10 Teknologi Dalam Sukan

1.)      Jersi bola sepak keluaran nike(dri-fit)

Kira-kira 2 dekad yang lalu, pengeluar kelengkapan barangan dan alatan sukan gergasi, Nike telah mengilhamkan teknologi Nike Dri Fit mereka. Ia telah menjadi pilihan yang sangat popular di kalangan pemain bolasepak, ahli sukan dan juga peminat sukan. Di lapangan jersi bolasepak, ia bukan sahaja baju bola sepak yang sekadar baju yang direka Nike atau pengeluar lain sebelum ini.
Nike sebelum ini telah mengeluarkan Therma-fit dan storm-fit. Dri fit pula direka untuk memastikan anda kekal pada suhu selesa , sejuk dan tidak merasa terlalu panas. THERMA-fit dan storm-fit pula direka untuk membolehkan anda sentiasa kering dan panas. Dengan teknologi Dri-fit yang direka, akan membuatkan pemain  kekal sejuk (bukan sejuk yang rasa nak beku) dan lebih kering daripada mana-mana peluh yang tidak diingini dari badan.

2.)      Under armor E39

Pada tahun 2012 Under Armor memasuki pasaran bolasepak. Under Armor telah memperkenalkan teknologi sensor untuk merakam pergerakan, pernafasan dan kadar jantung pemain. Teknologi ini dipanggil E39.     Under Armour menaja kelab Tottenham Hotspur. Jenama Amerika Syarikat ini mengeluarkan teknologi kit baru yang mempunyai keupayaan untuk memberitahu keadaan pemain dengan mengukur kadar jantung dan kadar pernafasan.
Yang paling menarik, pengurus mereka boleh mengarahkan pemain untuk tidak mengambil penalti jika degupan jantung menunjukkan pemain terlalu gemuruh. Tottenham Hotspur telah bersetuju dengan kontrak 100 juta sehingga 2016. E39 mempunyai sensor yang dikenali sebagai Bug yang memantau keadaan badan pemain. Ia merekodkan kadar jantung, pernafasan dan suhu kulit, menyimpan data pada hardisk 2GB dan menghantar statistik ke komputer melalui Bluetooth. Jurulatih boleh melihat prestasi pemain semasa latihan pada iPad atau iPhone.
Baju ini juga mempunyai pengukur pecutan, pergerakan pemain dan mencatat berapa banyak G-force yang mereka hadapi. G-Force adalah daya graviti yang diterima oleh sesuatu benda . Data yang dihantar akan dianalisis oleh perisian dari Zephyr, yang merupakan pembekal teknologi ketenteraan USA.

3.)      Jersi Adidas ClimaCool

 Di Jerman jenama Adidas sentiasa menguasai sektor sukan dan bolasepak namun Nike turut menjadi persaing terdekat dan mulai merisaukan Adidas dengan teknologi Dri Fit mereka. Semakin ramai mulai beralih kepada Nike. Adidas kemudian mereka teknologi mereka sendiri untuk pakaian bola sepak, ini yang dipanggil teknologi Climacool. Ini adalah hampir sama dengan Dri Fit kerana fokus utamanya adalah untuk untuk membuatkan pemain kekal tidak merasa panas semasa bersukan.
Terdapat panel mesh yang khusus dalam kebanyakan reka bentuk Adidas ini. Teknologi Climacool Adidas menggunakan pengudaraan mikro yang membenarkan udara untuk masuk melalui kulit. Climawarm juga disediakan dan direka untuk mengekalkan haba dalam pakaian mengekalkan pemain kekal warm dalam cuaca sejuk.

4)      Footbonaut


The Footbonaut adalah mesin latihan bola sepak . Menghantar bola pada kelajuan yang berbeza kepada pemain, yang mesti mengawal dan menghantar bola ke dalam ruang yang mempunyai warna hijau . Footbonaut dicipta oleh Christian Guttler di Berlin, Jerman. Mesin ini juga digambarkan sebagai robot. Gol kemenangan Mario Gotze terhadap 2014 FIFA World Cup Final telah dikreditkan kepada beliau apabila menggunakan Footbonaut. Footbonaut juga dikreditkan untuk kejayaan Borussia Dortmund, yang pertama kali menggunakan mesin ini. Terdapat beberapa kelab-kelab yang tidak didedahkan di Jerman menggunakan Footbonaut dalam latihan mereka.

5)      The Adidas miCoachSpeed Cell

The Adidas miCoachSpeed_Cell boleh diletakan ke dalam tapak kasut atau beberapa kasut Adidas pemain. Ia mengukur jarak, kadar kemajuan, kelajuan, kelajuan maksimum, dan masa permainan. jurulatih kemudian mengambil data ini dikumpulkan dan menganalisisnya. Dengan hasil analisis, jurulatih kemudian menyusun cara untuk meningkatkan prestasi pemain mereka dalam bidang yang memerlukan penambahbaikan.

6)      Goal Control

Teknologi baru ini diperkenalkan di Brazil semasa FIFa world cup 2014, teknologi ini membantu pengadil menentukan sama ada bola telah sama sekali melintasi garisan gol. Walau bagaimanapun, selepas kejohanan itu terdapat banyak inovasi dalam teknologi tersebut . ia tidak digunakan dalam kejohanan bola sepak di Malaysia.

7)      Studs getah/plastik berbentuk kon

  
                                                                                                                           
Studs jenis ini adalah paling mudah dijumpai di pasaran. Ia biasanya bersaiz agak kecil, dan digunakan dengan efektif di padang yang keras serta astroturf (3G).
Kelebihan:
-Pilihan terbaik untuk permukaan padang yang keras.
-Ia juga biasanya lebih murah, berbanding but jenis lain di pasaran.
Kekurangan:
      -Tak begitu sesuai digunakan di padang yang lembut, basah dan berbecak.
-Apabila studs sudah haus, anda perlu tukar keseluruhan kasut dengan kasut yang baru.
-Anda mungkin mempunyai pilihan untuk menukar keseluruhan tapak kasut bola anda, namun kasut anda takkan jadi efektif kerana reka bentuk asalnya sudah diubah.
-Anda juga lebih berisiko untuk mendapat kecederaan jika rekaan asalnya sudah diubah.

8)      Studs ‘screw in’ besi

        studs jenis ini kurang popular berbanding zaman dulu.Studs jenis ini telah diharamkan dalam kebanyakkan liga amatur kerana terdapat sesetengah pemain yang sengaja menajamkan studs besi mereka untuk membahayakan pemain lain.Jika berlaku sebarang terjahan, bukan sahaja stokin bola boleh koyak, malah betis pun turut sama boleh terkoyak.But jenis ini tahan lasak. Tetapi anda perlu menjadi pemain bertanggungjawab jika mahu memakainya.
Kelebihan:
-Tahan lasak.
-Tahan haus.
Kekurangan:
-Lebih mahal.
-Penggunaannya tak dibenarkan di liga amatur.
-Ia juga lebih berat berbanding but jenis stud plastik.

9)      Studs ‘screw in’ kon hibrid (plastik + besi)

Besi di bahagian bawah, plastik di bahagian atas. But ini menggabungkan kelebihan kedua-dua jenis stad.Ia adalah screw in studs yang paling banyak digunakan oleh kebanyakan pemain. Ia mengambil kira faktor keringanan dan kemurahan plastik, dan kelasakan logam.

Kelebihan:
-Harga yang kompetetif dan berpatutan.
-Tahan lama.
-Tidak membahayakan pemain lain berbanding studs screw in besi
Kekurangan: Tiada.

10)  Studs jenis blade (tirus panjang)


Dalam jenis studs, studs jenis blade berada di kelas mereka tersendiri. Kebanyakkan pemain profesional memilih kasut bola jenis ini, kerana mereka berpendapat bahawa anda boleh melakukan turning dengan lebih pantas dan kurangnya rintangan (resistance) ketika membuat larian. Walau bagaimanapun, di peringkat amatur, ia boleh menjadi perangkap maut. Kasut bola jenis ini memang pantas bila anda membuat turning, dan ia bakal menyebabkan sendi-sendi dan ligamen anda mengalami lebih banyak tekanan. Stud jenis ini juga kurang sesuai digunakan di permukaan padang yang tak rata, yang sering menjadi venue perlawanan bola sepak peringkat amatur.

MAKLUMAT DIRI





NAMA                : MUHAMMAD ALIFF BIN JAMALUDDIN
NO MATRIX      : A 156753
PROGRAM        : IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (SUKAN DAN REKREASI)
ALAMAT           : NO 001 PARIT LEBAI KADIR JALAN SELAMA ALOR PONGSU 34300 BAGAN SERAI , PERAK DARUL RIDZUAN
KOLEJ                : AMINUDDIN BAKI
PENCAPAIAN   : KEJOHANAN BOLA SEPAK ASIA UNIVERSITI DI KOREA SELATAN
EMAIL               : MUHAMMADALIFFJAMALUDDIN@GMAIL.COM
FACEBOOK      : ALIFF JAMALUDDIN

Isu Berkaitan Pendidikan

 ISU GURU SUKAN DAN GURU KHAS TIDAK MAHIR MENGGUNAKAN TEKNOLOGI DALAM PENDIDIKAN             Teknologi dalam pendidikan ini adalah salah ...